Majlis TVET Melaka

Melaka Jadi Pusat Peluang TVET Melalui Program Asean-China

10 Disember 2025 · Majlis TVET Melaka

Melaka Jadi Pusat Peluang TVET Melalui Program Asean-China

MELAKA – Belia Malaysia, khususnya dari Melaka berpeluang menguasai kemahiran TVET terkini melalui program pertukaran pelajar dengan institusi terkemuka di China menerusi ASEAN People-to-People Friendship Conference.

Pengerusi Yayasan Belia Sedunia (WYF), Datuk Mohd. Ridhwan Mohd. Ali berkata, rangkaian itu merupakan satu ekosistem yang besar dan kukuh dengan penyertaan banyak negara termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina.

“Melalui pelbagai inisiatif yang dijalankan dalam program ini, terdapat ruang untuk melibatkan lebih ramai belia Malaysia terutama dari Melaka dalam pelbagai program yang mereka rancangkan pada tahun hadapan.


“Apabila program berakhir di Melaka, ia sekali gus menyerlahkan imej negeri ini dan membuka peluang kerjasama yang lebih luas,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas Majlis Penutup Asean-China, Year People To People Exhanges 2024-2025 yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Banda Hilir, hari ini.

Ujarnya, pertukaran pelajar TVET itu merupakan agenda utama untuk memastikan belia negara dapat mempelajari kemahiran terkini di China sebelum diaplikasikan di Malaysia.

Katanya lagi, selain kemahiran, terdapat program pertukaran kebudayaan yang membolehkan nilai budaya Melaka dipromosikan di China.

“Kita juga telah dijemput untuk menyertai pameran perdagangan yang menghimpunkan banyak negara dan bandar, ini memberi peluang kepada usahawan tempatan meneroka kerjasama industri.

“Rangkaian ini adalah platform yang sangat baik dan kami berharap ia memberi impak positif kepada belia Malaysia,” ujarnya.

Kredit: Kosmo

Berita Berkaitan

Data Analytics Training: Microsoft Power BI Khas untuk Kakitangan Kerajaan Negeri Melaka

Data Analytics Training: Microsoft Power BI Khas untuk Kakitangan Kerajaan Negeri Melaka

Berita Lanjut »
Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dun Ayer Keroh – Perkasa TVET Untuk Komuniti

Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dun Ayer Keroh – Perkasa TVET Untuk Komuniti

Berita Lanjut »